Permohonan SPA9 2024 Online (Cara Login & Semakan Status)|ADAKAH
anda berminat berkhidmat sebagai penjawat awam di Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA)? Berita baik buat anda yang sedang mencari pekerjaan kosong serta pemohon yang baru menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Untuk makluman anda, pemohon lepasan SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah dan ke atas boleh membuat permohonan jawatan kosong SPA9 secara online menerusi Portal Rasmi SPA9. Berikut dikongsikan Permohonan SPA9 2024 Online buat rujukan anda.

Sedia
maklum, permohonan jawatan kosong SPA akan dibuka pada setiap tahun
bagi lepasan Sijil/SPM, STPM, Diploma dan Ijazah. SPA9 merupakan portal
sistem pangkalan data borang pendaftaran permohonan pekerjaan dalam
Perkhidmatan Awam secara atas talian (online) yang dibangunkan oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi memudahkan calon-calon atau pencari
kerja yang berminat dengan sektor Perkhidmatan Awam kerajaan membuat
permohonan pekerjaan. SPA9 merupakan borang online untuk tujuan
pendaftaran permohonan pekerjaan yang menggantikan sistem sebelumnya
iaitu SPA8i dengan beberapa penambahbaikan seiring dengan keperluan
semasa yang diperlukan.
Permohonan SPA9 2024 Online (Cara Login & Semakan Status)
Berikut
dikongsikan maklumat berkaitan permohonan SPA9 melalui borang SPA9
secara online termasuk cara login, semakan status & syarat
kelayakan:
Syarat Kelayakan Permohonan SPA9 2024
Antara Syarat Kelayakan Permohonan SPA9 adalah seperti berikut:
1. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon 15 jawatan sahaja.
2. Tempoh sah laku setiap permohonan adalah selama satu tahun.
3. Setiap pendaftaran pekerjaan tertakluk kepada dasar “one step lower” iaitu:
- Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
-
Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan
Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon
jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil
Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
- Calon yang memiliki

jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil
Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.
Cara Permohonan Jawatan Kosong SPA9 2024 Online
1. Untuk mendaftar Portal SPA9 buat kali pertama, sila layari atau klik pada borang SPA9 melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉
https://spa9.spa.gov.my/login
2. Klik pada butang "Pendaftaran Pengguna".
3.
Kemudian, lengkapkan borang pendaftaran dengan melengkapkan maklumat
yang diminta seperti No Kad Pengenalan, Nama Penuh, Nombor Telefon,
Emel, Soalan Keselamatan, Nama Ibu, Tempat Lahir (Negeri) & Kata
Laluan Pilihan.

4. Setelah siap isi borang permohonan, klik pada butang "Daftar".
5. Selepas lengkap mendaftar, anda boleh membuat permohonan kerja dan semakan dengan permohonan dengan pihak SPA.
Cara Login Akaun SPA9 Online
Setelah melengkapkan proses pendaftaran, anda boleh mula log masuk dengan mengikuti langkah seperti berikut:
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.
3. Kemudian, klik pada butang "Log Masuk".
4.
Setelah log masuk akaun anda, anda boleh menggunakan segala fungsi yang
dimuatkan dalam Portal SPA9 seperti memohon kerja dengan SPA dan
membuat semakan permohonan kerja yang telah dipohon.
Semakan Status Permohonan SPA
1.
Untuk membuat semakan status permohonan, log masuk ke dalam sistem SPA9
kemudian klik bahagian atas tertulis "Semakan Permohonan" untuk
menyemak permohonan kerja anda dengan SPA.
2. Senarai jawatan yang anda pohon berserta tarikh luput permohonan akan terpapar di screen.
Join Channel Telegram Jawatan Kosong SPA9
Panduan
Kerja Kerajaan SPA9 & MYSTEP Tahun 2024 Termasuk Jawatan Kosong,
Peperiksaan Online, Ujian Psikometrik, PAC & Temuduga:-
Maklumat Lanjut
Sebarang
pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Permohonan SPA9, sila hubungi
Hotline SPA di talian 03 - 8091 9000 atau melalui Sistem ePertanyaan
SPA di
https://www.aduan.spa.gov.my.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Semoga
perkongsian Permohonan SPA9 Secara Online ini dijadikan rujukan buat
anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan di sektor
awam!
Comments
Post a Comment